Sunday, March 6, 2011

Kelas pendidikan khas paya besar 2011

pada tahun 2011 seramai 47 orang pelajar talah mendaftar sebagai pelajar pendidikan khas di SMK PAYA BESAR. kelas telah bertambah menjadi 6 buah kelas dan guru yang mengajar seramai 9 orang dibantu oleh 3 ppm. walaupun infrastruktur masih belum lengkap disebabkan oleh kekurangan kelas, pihak pengurusan pendidikan khas telah berusaha menjalankan P & p dengan berkesan. Pada tahun 2011 pelbagai program telah dirangka antaranya ialah:
1. Perkhemahan pengakap dan bina insan
2. Pertandingan Bowling
3. Aktiviti terapi Air
4. Aktiviti berbasikal
5. Lawatan sambil Belajar
6. Pertandingan Olahraga
7. Pertandingan Futsal dan bola jaring

Organisasi pendidikan khas pada tahun 2010

Guru penolong Kanan pendidikan Khas: Belum diisi
Penyelaras : Pn Zalina Zainal Abidin
Pen. Penyelaras: EWn Wan Abdullah Zawawi bin Wanb omar Fadhil
Setiusaha: Cik Fauziana bt abdullah
Bendahari: Ustazah NurAin
Displin : En kamaruddin
3 K : En Azman Ridwan bin Abdullah.


Pada tahun ini juga seramai 5 orang murid telah mendaftar untuk menduduki pepriksaan pmr. pelbagai uasaha dijalankan bagi membantu mereka yang terlibat.

Thursday, April 15, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI

Pada tanggal 11 hingga 14 Mei 2010 nanti, kelas pendidikan khas SMK Paya Besar akan mengadakan aktiviti lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi, setelah 2 tahun dirancang dan mendapat sokongan pengetua Baru sekolah. Kami akan cuba merealisasikan hasrat murid untuk mengadakan lawatan ke sana nanti. jika sebelum ini pengetua lama tidak membenarkan kami ke sana dengan pelbagai alasan terutama kewangan, kini kami telah dibenarkan ke sana dengan kebenaran pengetua yang baru mula bertugas untuk tahun ini. Kami juga dibenarkan menggunakan sumber kewangan pendidikan khas. Tahniah Tuan Haji kerana tahu apa yang kami rancang adalah untuk pelajar bukan untuk kami...
Insya Allah dengan Keizinan NYA nanti kami akan bertolak menggunakan KAPAL TERBANG. ini merupakan peluang yang akan diberikan oleh pelajar...mungkin inilah kali pertama dan terakhir bagi sebahagian pelajar dapat merasai pengalaman ini... kerana ramai di antara mereka adalah golongan termiskin...Jika anda berada dalam dunia Pendidikan Khas,anda akan tahu... kami lakukan ini akan memberikan banyak faedah kepada warga pelajar... cara komunikasi, urus diri, displin , yakin diri, pengalaman tanpa keluarga akan diperoleh oleh pelajar.
Peruntukan yang besar dan kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk menjayakan program ini.Terima Kasih kepada Warga Sekolah yang memberi sokongan... terutama seorang guru yang menyumbangkan RM300.00 untuk Program ini. RM300 bagi setengah orang besar nilainya.. tapi Cikgu ini Tahu apa yang disumbangkan mendapatkan balasan nanti... Dengan Wang sumbangan ini jika mampu melahirkan pelajar yang mampu urus diri sendiri... cuba fikirkan balasannya...Orang yang banyak bercakap lebih baik diam... buat kerja masing-masing.. pasti setiap tugasan itu ada kelebihannya.... bersambung

AKTIVITI-AKTIVITI TAHUn 2010

Sunday, January 17, 2010

Laman Web kelas Pendidikan Khas SMK PAYA BESAR

PROFIL PROGRAM KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SECARA UMUM

Matlamat Pendidikan khas ialah untuk memastikan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Perkembangan ini merangkumi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan nilai-nilai sosial .

Setiap kanak-kanak perlu diberi peluang yang sama rata bagi mendapatkan kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan yang diperlukan sesuai dengan kemampuan masing-masing .

Disamping itu, penekanan perlu diberi perhatian terhadap perbezaan individu murid kerana setiap murid itu adalah berbeza antara satu sama lain, sama ada dari segi pengalaman, amalan, kecenderungan, tingkah laku, bakat dan kebolehannya.

Berdasarkan kepada kenyataan itu, didapati golongan kanak-kanak luar biasa tersebut tidak mampu mengikuti kurikulum biasa sepenuhnya kerana mereka mempunyai keupayaan mental dan pengubahsuaian tingkah laku yang rendah . Walau bagaimanapun mereka boleh menerima pendidikan secara menyeluruh dan bersepadu . Kanak-kanak golongan ini ditakrifkan sebagai ” Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran “.

DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

Definasi kanak-kanak khas ini sebagai :

(”………..anak-anak yang menyimpang anak-anak biasa dari)

1.ciri-ciri mentalnya ,
2.kebolehan deria ,
3.ciri-ciri fizikal dan kekuatan urat saraf ,
4.tingkahlaku sosial dan emosi ,
5.keupayaan berkomunikasi ,
6.kecacatan pelbagai yang menyebabkan ia memerlukan modifikasi dalam amalan-amalan
7.sekolah atau memerlukan perkhidmatan Pendidikan Khas , bagi membolehkan ia berkembang
8.ke peringkat kemampuan maksimanya . “


OBJEKTIF

Setiap orang pelajar diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka ;

1.Menguasai kemahiran untuk berkomunikasi .
2.Menguasai kemahiran pergaulan
3.Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling .
4.Menjaga kesihatan dan keselamatan diri .
5.Menguruskan hal-hal kehidupan seharian .
6.Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif .
7.Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi .
8.Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor
9.Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni .
10.Mengembangkan potensi, bakat dan daya kreatif dan intelek .

PROSES PENEMPATAN PELAJAR KE KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN.

Kriteria kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar ke program Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran ialah setelah menedapat pengesahan daripada doktor atau pakar perubatan . Kriteria penempatan berdasarkan kepada pakar perubatan ini sangat penting kerana pakar perubatan telah melakukan pemeriksaan secara klinikal kepada pelajar-pelajar khas tersebut .

Sementara itu, terdapat juga proses penempatan pelajar-pelajar khas yang berdasarkan arahan Kementerian Pendidikan, melalui Jabatan Pendidikan Negeri . Selain daripada itu juga, kehendak ibu bapa yang tinggi untuk menempatkan anak-anak mereka ke Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran juga memainkan peranan dalam proses penempatan pelajar berkenaan .

Di samping itu juga, guru-guru kelas juga memainkan peranan dalam penempatan pelajar-pelajar khas ini . Guru kelas dapat menilai keupayaan pelajar dari masa ke semasa dan mengetahui latar belakang serta tahap kebolehan pelajar-pelajar mereka . Dengan itu guru-guru ini mengesyorkan agar pelajar-pelajar tersebut ditempatkan di kelas khas .

KURIKULUM KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Kurikulum Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran ini telah dirancang untuk membolehkan pelajar-pelajar mencapai kemahiran berdasarkan objektif-objektif yang telah ditetapkan . Kurikulum tersebut mengandungi bidang-bidang berikut :

1.Bidang Komunikasi .
2.Bidang Sosial dan Alam sekitar .
3.Bidang Kemahiran Amali Untuk berdikari .
4.Bidang Rekreasi dan Daya Kreatif .
5.Bidang Nilai dan Kerohanian .

Kurikulum Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran yang dilaksanakan adalah berdasarkan Kurikulum Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia .

Visi Pendidikan Khas

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti

kepada murid-murid berkeperluan khas

ke arah kecemerlangan hidup

sejajar dengan hasrat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Misi Pendidikan Khas

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti

kepada murid-murid berkeperluan khas

untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.



SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PROGRAM KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
PAYA BESAR

kelas Pendidikan Khas Paya Besar telah diasaskan pada tahun 1999 dimana pada ketika itu seorang guru yang baru melaporkan diri di sekolah ini telah dihantar berkursus jangka pendek selama 3 hari untuk mendapatkan pendedahan tentang program ini. Dengan pengetahuan asas yang kurang ,kelas ini telah berjaya dibuka dengan 2 orang guru dan 5 orang pelajar.
Dari setahun ke setahun ia mula berkembang dan telah menjadi program yang agar terkenal di negeri Pahang. Bermula pada 2004 hingga kini... pertambahan pelajar amat ketara. seramai 35 orang berdaftar pada tahun 2009, dimana 6 kelas diwujudkan dengan 6 orang guru serta 2 pembantu pengurusan murid.....
Kini ...........Kelas Pend. Khas Paya Besar merupakan salah sebuah sekolah yang mendapat perhatian dikalangan Mesyarakat di mana para pelajarnya merupakan pelajar yang mempunyai pelbagai potensi diri, contohnya kebolehan di dalam bidang Sukan dan permainan, Tilawah dan Nasyid dan Kreativiti di dalam hasil kerja tangan.. Setiap tahun Para pelajarnya sering kali terpilih mewakili pahang untuk pertandingan peringkat kebangsaan.

Program yang dijalankan....
1. Aktiviti Terapi air
2. Terapi berkuda \
3. Bowling
4. Lawatan
5. Perkhemahan
6. Projek Jahitan
7. Aktiviti Mendobi
8. Membatik
9. Kemahiran Hidup( Pertukangan, Masakan dan Pertanian.

Dengan adanya program ini,ia juga salah satu penyumbang kepada minat mesyarakat untuk menghantar anak-anak istimewa ke sekolah ini. Pelajar-pelajar dari batu 10. taman mahkota juga mendaftar di sekolah ini walaupun jarak yang amat jauh.....

CARTA ORGANISASI KELAS TAHUN 2010
PENYELARAS : Pn. Zalina bt Zainal Abidin
PEN. PENYELARAS: En Wan Abdullah Zawawi bin Wan Omar Fadhil
( hal ehwal kurikulum)
SETIAUSAHA : CIK
BENDAHARI : PN
PN WAN ZULRAILI ( hal ehwal murid)
EN AZMAN RIDWAN BIN ABDULLAH ( hal ehwal kokurikulum)
PEMBANTU PENGURUSAN MURID:

Gambar-gambar Aktiviti Pelajar sekolah ini...............






Tuesday, May 5, 2009

LAPORAN AKTIVITI LAWATAN





Pada 28 -30 April yang lepas seramai 30 orang pelajar pend. khas, 3 pelajar aliran perdana, 6 guru dan 2 pembantu pengurusan murid telah mengadakan satu aktiviti lawatan sambil belajar ke Kuala lumpur dan Putrajaya. ini merupakan program lawatan tahun ketiga ia dijalankan. sebelum ini, pelajar dibawa ke bandaraya bersejarah dan AFarmosa Resort Melaka. Distinasi ibukota dan pusat pentadbiran dipilih adalah kerana untuk memberi pendedahan kepada warga istimewa tentang pembangunan yang telah dikecapi oleh Negara Malaysia.
Hari pertama lawatan , kami telah memulakan aktiviti dengan melawat Menara Kuala lumpur, di sini murid dilihat sangat teruja dengan panorama kotaraya.keindahan dan kepesatan bandaraya dapat dinikmati oleh mereka. Di sini tiket untuk warga istimewa hanya dikenakan sebanyak RM3 sahaja. harga tiket untuk murid normal ialah RM 28 manakala dewasa RM38. Dokumentari juga telah ditayangkan untuk tontonan murid berkaitan pembinaan Menara Kuala Lumpur. setelah 2 jam berada di menara Kuala lumpur, distinasi seterusnya ialah Aquaria... disana murid dapat melihat pelbagai hidupan marin yang belum pernah mereka terokai. Jika tidak mengikuti lawatan ini , mereka memang tidak berpeluang untuk ke tempat seperti ini memandangkan tiket yang tinggi dikenakan. tetapi melalui rombongan warga istimewa harga separuh dikenakan. setelah 1 setengah jam berada di Aquaria, murid dibenarkan menjalani aktiviti bersiar-siar di taman KLCC dengan pengawasan guru.
Hari kedua , waktu pagi rombongan lawatan telah bertolak ke taman botani. Di sana tujuan lawatan adalah untuk melihat jenis tanaman tropika yang terdapat disana. Kami dibawa mengelilingi taman dengan menaiki keretapi dengan tiket RM3. Namun aktiviti ini kurang berjaya kerana sebahagian sahaja belajar dapat memahami keperluan berada di sana. Seterusnya kami meneruskan program degan lawatan ke Dataran masjid putrajaya dan kawasan sekitar. pelajar diberi penerangan berkaitan pembangunan kawasan persekitaran. pada sebelah petangnya kami telah mengadakan program di Zoo Negara. di sinilah aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh warga pendidikan khas. Murid dapat melihat pelbagai jenis haiwan di Zoo. Di sini kami bebaskan murid selama 2 jam tanpa kawalan. ini untuk memberi kemahiran bersosialisasi dan berdikari untuk pelajar. selepas program kami dapati murid begitu teruja. sebelah malam pula kami beriadah di dataran merdeka selama 2 jam.
Hari ketiga keadaan murid sudah keletihan, 4 orang murid mengalami deman panas. oleh itu kami mengambil keputusan untuk pulang lebih awal dari jangkaa. kami bertolak pulang jam 10 dan tiba di sekolah kira-kira jam 1.30 Tengahari. Semua Ibubapa menjemput anak mereka dalam keadaan selamat, walaupun ada 4 orang pelajar kelihatan tidak bermaya.

APA YANG ANDA PERLU TAHU....

Program lawatan sambil belajar ini perlu kerana ia merupakan salah satu keadah p@P dalam pendidikan khas..

Banyak manfaat yang warga istimewa dapat perolehi contohnya kemampuan urus diri, dan berrsosilasasi

Program lawatan ada dalam sukatan Pembelajaran Pendidikan Khas.

Memberi peluang kepada warga istimewa untuk menikmat aktiviti berkumpulan.


Oleh itu jangan lah ada tanggapan bahawa kami warga pendidik golongan istimewa begitu seronak dapat berjalan sahaja dan melakukan banyak aktiviti luar. Besar tanggungjawabnya menjaga anak-anak ini. segalanya terletak dibebanan bahu guru. jika murid aliran perdana mereka boleh berfikir sendiri... kami perlu berfikir untuk mereka.... FIKIR-FIKIR KAN LAH... Kami bukan mendidik mereka untuk berjaya dalam akademik, tapi kami cuba membantu mereka menjadi manusia yang ada peranan untuk diri , keluarga dan masyarakat.
KEJAYAAN KAMI DAPAT MELAHIRKAN WARGA ISTIMEWA YANG MAMPU BERDIKARI DAN MENGURUSKAN DIRI seperti guru normal dapat melahirkan pelajar cemerlang..... itulah pendidikan khas
SEKIAN... nikmati foto-foto semasa lawatan.. lihat anak ini ... apa reaksi mereka...

Sunday, May 3, 2009

Lawatan sambil belajar di kualaLumpur dan putrajaya

Pada 28-30 April lepas, program pendidikan khas sekolah kami telah menjalankan satu aktiviti lawatan sambil belajar di kuala Lumpur dan Putrajaya. Antara tempat yang kami lawati ialah Menara KL, KLCC, Dataran Merdeka Zoo Negara, Taman Botani, Masjid Putra Jaya. aktiviti ini dikira dapatlah mencapai objektif perlaksanaannya..di sini dimasukkan beberapa keping gambar untuk tatapan pembaca blog ini